PENGENALAN

Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) diwujudkan mulai Januari 2019, selaras dengan pelaksanaan penurunan satu daripada tiga fungsi Pusat Kecemerlangan Akademik IPGM. Dari segi operasi, jabatan ini meneruskan fungsi Unit Pembangunan Akademik yang bertujuan membolehkan perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran program akademik serta pembangunan akademik pelajar dapat dilaksanakan dengan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan bagi mencapai dan meningkatkan tahap kecemerlangan.